Wednesday, January 26, 2011

MY FAVORITE SONG!


1 ketul butter
2 cawan gula
2 cawan tepung                     
1 sudu teh baking powder            

1/2 sudu teh soda bikarbonat   
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1/2 cawan gula   }
1 cawan koko     }   Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur.
1 cawan air         }  Tutup api, biarkan.


Pukul butter dan gula hingga kembang, then masuk telur dan esen pukul sebati. Lepas tu masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan koko yg dimasak tadi.  Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati.  Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak.  Tuang adunan dlm loyang dan bakar selama 1 jam.



75 gramm whipping cream
100 gram coklat

Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair
.

Jimat!













10 TIPS JIMAT BERBELANJE!

1.Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.
Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.
Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang
menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !

2. Beli barangan second hand @ lelong murahContohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat
Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh
lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku
second hand termasuklah di
www.lelong.com.my
Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu
boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.

3. Musim Promosi & Megasale
Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim
promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode
Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
Bagi mereka yang nak wat bisnes part time di samping jimat duit prepaid boleh juga try Bisnes MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila masa saja tanpa susah payah jumpa tokei kedai.
MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat menyakinkan
pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM Maybank seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.

5. Kitar Semula / Recycle
Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih bersih

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan
hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.
 
7. Beriadah di tempat awamKalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaanNak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar tawaran bonus yang hebat ini.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang
pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak
kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita

 
10. Masak & Makan di rumah
Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang
boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.




Chocolate Cupcake Recipe Directions



•2 cups all purpose flour
• 2 cups sugar
• 1/2 teaspoon baking powder
• 1 teaspoon salt
• 1 teaspoon baking soda
• 1/2 cup shortening
• 3/4 cup water
• 2 large eggs
• 3/4 cup milk
• 1 teaspoon vanilla
• 4 ounces melted unsweetened  baking chocolate
 

how to make a cupcake

Preheat oven to 350 degrees.  Line cupcake pans with paper liners.
Combine all ingredients into large mixing bowl.  Mix at low speed for 30 seconds, and scrape bowl.  Mix at high speed for 3 minutes.
Fill liners 1/2 to 2/3 full of batter.  Bake 20 to 25 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean.
Cool 10 minutes in pans then remove from pan, and place on wire racks to cool completely.
Frost when chocolate cupcakes are completely cool.